Saturday, May 30, 2009

Suntingan Foto Menggunakan PHOTOFUNIA


Photofunia memudahkan kita menyunting foto di talian tanpa perlu Cropping,edit dan memikir perkara yang merumitkan.Jom kita cuba download foto kita di Photofunia sekarang untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan dan menyeronokkan.


Klik foto di bawah untuk berseronok bersama
PHOTOFUNIA

Instructions to Drive a Car

Instructions to Drive a Car Instructions to Drive a Car Daniel21

Tips Penjagaan Kereta

Tips Jaga Kereta Tips Jaga Kereta sham Tip untuk penjagaan kereta.. sesuai untuk sesiap yg be bli kereta, baru ke lama.. Expecially for wanita/ladies yg menggunakan kereta ke tempat kerja.

Tali pinggang keledar: selepas kenderaan persendirian, kini kenderaan awam pula

Pemakaian tali pinggang keledar akan dikuatkuasakan terhadap penumpang kenderaan awam termasuk bas ekspres dalam fasa kedua selepas tamat pelaksanaan fasa pertama ke atas kenderaan persendirian.

Walaupun rancangan fasa kedua itu belum ditentukan masanya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mengkajinya sebagai persediaan awal untuk dilaksanakan. Ketika ini, JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih menumpukan pelaksanaan undang-undang kenderaan persendirian yang baru dijalankan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata pihaknya akan meneliti, mendapatkan maklum balas mengenai keberkesanan pelaksanaan fasa pertama yang akan dijadikan asas kepada tindakan seterusnya.

Beliau mengulas cadangan supaya tindakan saman dan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang belakang turut dikenakan ke atas semua jenis kenderaan, bukan hanya kenderaan persendirian.

Berkuat kuasa 1 Januari lalu, saman maksimum RM300 dikeluarkan serta-merta kepada pemandu atau penumpang kereta yang tidak memakai tali pinggang keledar tempat duduk belakang. Saman itu dikeluarkan terus kepada penumpang belakang yang berusia 17 tahun ke atas, manakala bagi kanak-kanak atau remaja di bawah usia berkenaan, ia akan diberikan kepada pemandu.

Sekiranya semua penumpang bas menggunakan tali pinggang keselamatan tetapi jika sikap pemandu bas yang tidak berhemah, kemalangan tetap akan berlaku juga. Walaupun bilangan kecederaan dan kematian dapat dikurangkan, sepatutnya agensi kerajaan yang terlibat perlu fokus kepada kempen kemalangan sifar, itu lebih baik bukan?

sumber:hazrul7.wordpress.com

Blacklisted Check



  1. http://www.myeg.com.my
  2. http://www.rilek.com.my
  3. http://www.eservices.com.my








Latest Car Registration Number

Please clik the car
to see the number